Saturday, 30 September 2017

NIKMAT REZEKI TERBESAR...


Rasulullah merenung Ziyad, lalu berkata, "Ketahuilah wahai Ziyad, Juwaibar adalah seorang lelaki yang bertakwa. Setiap pemuda yang bertakwa sedarjat dengan gadis yang bertakwa. Sudah tentu mereka sekufu. Tetapi barangkali engkau merasa darjatmu lebih rendah kerana iman Juwaibar lebih tinggi di sisi Allah."

Sesungguhnya Ziyad tidak mampu menyangkal penjelasan Rasulullah. Terlalu buruk pandangannya kepada Juwaibar. Sedangkan puterinya yangjelita mengakui keutamaan takwa. Akhirnya Ziyad bersetuju anaknya dijodohkan dengan Juwaibar.

Berkat Takwa Rezeki Dilimpahkan

Meriah! Pihak keluarga Zulfa membuat persiapan. Seluruh kabilah Bayadhah bergotong-royong membina rumah besar untuk pasangan pengantin. Berbagai-bagai bentuk kemewahan disediakan. Segalanya bagaikan mimpi buat Juwaibar. Harta kekayaan serta isteri yang jelita, umpama syurga yang dibentangkan buat Juwaibar. Sebagai rezeki terbesar dan tertinggi bagi ganjaran takwa.

Namun, bagi Zulfa kegembiraannya bukan pada harta serta kemewahan. Suami bertakwa cukup membahagiakannya. Keindahan cahaya takwa dalam diri Juwaibar menawan pandangan mata serta menambat kecintaan hati Zulfa. Apalah ertinya wajah tampan, seandainya jiwa ketandusan iman. Iman dan takwa itulah kemewahan sebenar yang direzekikan sebagai rezeki terbesar dan tertinggi di sisi Allah. Itulah puncak kebahagiaan hidup insan.

Namun sesuatu yang aneh berlaku dalam rumah tangga yang baru didirikan oleh Juwaibar. Setelah beberapa hari dinikahkan, Juwaibar tidak menghiraukan isterinya Zulfa. Setiap malam dia asyik membaca al-Quran dan solat sunat hingga ke subuh. Begitulah perlakuannya sehingga merisaukan Zulfa. Masalah Juwaibar itu akhirnya sampai juga kepada pengetahuan Rasulullah.

Rasulullah memanggil Juwaibar dan bertanya, "Apakah engkau tidak sukakan perempuan?"

"Bukan begitu ya Rasulullah. Tetapi tidak layakkah saya bersyukur kepada Allah.

Saya seorang pemuda miskin, hitam lagi hodoh. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah mengurniakan saya seorang isteri yang jelita, di samping harta yang banyak dan rumah yang besar. Izinkanlah saya menyatakan rasa syukur saya sekurang-kurangnya selama tiga malam berturut- turut. Sesudah itu saya akan laksanakan tanggungjawab yang sepatutnya."

Mendalam sungguh ketakwaan Juwaibar, sehingga sepenuh keseronokannya diabadikan dalam munajat ke hadrat Allah. Cinta kasih llahi telah memenuhi segenap hati kecil Juwaibar, bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 152:

"Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepada- Ku. Dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku."

Berbahagialah setiap muslimah yang beroleh pasangan hidup umpama Juwaibar. Ketakwaan menguasai seluruh keseronokan, kegembiraan serta kebahagiaan. Itulah rezeki dan nikmat terbesar yang akan membawa setiap insan kepada kebahagiaan yang hakiki dan abadi di hadapan Rabbul Izzati.

BIJIH TIMAH LONJAK EKONOMI IPOH...


 Mungkin ramai tidak mengetahui, Ipoh, Perak adalah bandar raya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.

Antara penyumbang pencapaian itu ialah disebabkan perkembangan pesat yang berlaku di Ipoh hasil kegiatan perlombongan bijih timah satu ketika dahulu.

Bukan itu saja, ia turut menjadikan Ipoh lebih terkenal berbanding daerah di negeri lain hanya kerana kekuatannya yang kaya dengan hasil mineral berkenaan.

Namun begitu, sebelum mengetahui lebih lanjut sejarah Ipoh yang berada dalam daerah Kinta, perlulah diketahui asal usul namanya. Berdasarkan sejarah, nama itu diambil daripada pohon 'epu' atau lebih dikenali sebagai pokok ipoh.



Difahamkan, masyarakat Orang Asli menggunakan getah pokok itu yang dikatakan beracun sebagai panahan sumpit mereka untuk memburu haiwan dalam hutan. Manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai Ipoh atau Paluh.

Pada 27 Mei 1988, Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengisytiharkan Ipoh sebagai bandar raya. Sejarah pentadbiran Ipoh bermula dengan pembinaan kawasan lapang pertama pada 1898 yang kini dikenali sebagai Padang Ipoh.

Kawasan pentadbiran Ipoh berkembang hingga menyeberangi Sungai Kinta dan wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson pada 1905 hingga 1914.

Pada 1905 hingga 1915 'Kinta Sanitary Board North' diwujudkandan pada 1916 hingga 1941, 'Kinta District Board' pula yang diwujudkan di bawah pentadbiran tentera British. Pada 1954 hingga 1956 'Ipoh Menglembu Town Council' ditubuhkan.

Kemudian, Ipoh dinaik taraf sebagai perbandaran dan dikenali Majlis Perbandaran Ipoh pada Mei l962. Perisytiharan itu sekali gus menjadikan Ipoh sebagai bandar pertama di negara ini dinaik taraf perbandaran selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Kemajuan di Ipoh berlaku secara berterusan dan tahun lalu diumumkan sebagai Bandar Perniagaan Sosial kelima di dunia selepas Pistoia di Itali, Barcelona (Sepanyol), Wiesbaeden (Jerman) dan Fukuoka (Jepun).

Projek pembangunan mega bernilai RM2.1 bilion yang dibawa ke Ipoh dijangka memberi perubahan landskap yang besar di bandar raya berkenaan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Meskipun jarak kedudukannya lebih 200 kilometer dari Kuala Lumpur, tidak mustahil bandar raya itu mampu menyaingi kemajuan ibu negara.



JAUHI PENYAKIT 3 SERANGKAI...



Tidak keterlaluan di katakan 'ibu' segala kerosakan dan kemusnahan nilai kemanusiaan masa ini adalah kerana cintakan dunia.

Tanpa mengira masa, manusia berlumba-lumba membolot sebanyak-banyaknya kekayaan dan habuan dunia. Tiada seorang pun mahu tertinggal di belakang. Orang Islam juga menjadi pelumba' demi mengejar kesenangan dan kemewahan.

Adakalanya, prosedur standard operasi (SOP) pencarian sumber keduniaan itu jelas menyalahi hukum syariat, tetapi disebabkan hati sudah digelapkan kemilau dunia, segalanya tidak dipedulikan lagi. Urusan dosa dan pahala bukan lagi menjadi keutamaan. Dalam era millenium ini, semakin ramai umat Islam lupa kepada nasib yang pernah menimpa umat terdahulu. Di dalam al Quran dan sirah diterangkan kisah golongan zaman silam yang rakus harta dunia sehingga lupa hukum syariat. Akhirnya, mereka menerima nasib malang apabila Allah SWT menimpakan azab yang amat dahsyat.

Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabatnya, Sabdanya yang bermaksud, Kelak akan menimpa umatku penyakit (perilaku buruk) umat umat terdahulu, iaitu sikap sombong, kufur nikmat, lupa syariat agama dalam memperoleh kenikmatan duniawi. Mereka berlumba-lumba mengumpulkan harta dan berrnegah-megah dengan kekayaan harta benda. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan, iri hati dan berdendam sehingga mere­ka tidak segan silu mela kukan kezaliman.' (Hadis diriwayatkan Imam At Tirmidzi)

Apa yang diberitahu Rasulullah SAW itu sudah pun berlaku pada hari ini. Suasana kehidupan manusia yang saling berdengki, iri hati dan melakukan pelbagai kezaliman saban kali berlaku. Pentas kehidupan sudah tidak sejernih dulu lagi. Ia penuh dengan babak dan gaya yang jauh menyeleweng daripada hukum syarak.

Dalam hadis itu lagi menerangkan, tiga perilaku buruk yang boleh menjerumuskan manusia ke kancah keruntuhan nilai kemanusiaan adalah bersikap sombong, kufur nikmat dan lupa syariat agama ketika memperoleh nikmat duniawi.

Tiga sikap keji itulah memusnahkan ketamadunan umat terdahulu. Masyarakat Mesir Purba di bawah rejim Firaun contohnya, bukan calang calang tahap kreativiti dan daya intelektual mereka.

Hingga sekarang, kita masih dapat lihat peninggalan artifak sejarah kegemilangan mereka seperti binaan piramid. Kita boleh bayangkan bagaimana tingginya keupayaan intelek dan ilmu khususnya dalam bidang seni bina serta kejuruteraan masyarakat Mesir dulu.

Sayangnya, masyarakat sehebat itu 'berpayung' di bawah naungan pemerintah yang ingkar kepada aja ran di bawah rasul Allah SWT.

Akibatnya, Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan Allah SWT di dasar Laut Merah semasa mereka mengejar Nabi Musa. Firaun dengan sombong dan bergaya selaku 'Tuhan' kepada rakyatnya dengan tindakan yang sarat dengan kezaliman.

Tidak hairanlah mengapa baginda begitu risau umatnya akan dirundung permasalahan jiwa yang sama. Demi kian juga nasib diterima beberapa lagi umat terdahulu.

Semuanya menunjukkan punca mereka dilaknat dan ditimpa kemusnahan adalah kerana sikap sombong me­reka yang memiliki kepandaian dan ilmu pengetahuan, apatah lagi apabila me­reka memperoleh kekayaan duniawi. Sombong dengan pemilikan harta kekayaan membawa kepada kufur nikmat Allah. Ia bertentangan de­ngan seruan dakwah dibawa rasul Allah dan baginda SAW

Islam menyeru umatnya supaya bersikap syukur dengan menunaikan hukum syariat seperti mengeluarkan zakat, berwakaf dan bersedekah. Dalam Islam, kekayaan adalah wasilah buat sese orang mukmin menabur bakti kepada kemaslahatan ummah bukannya demi kepentingan peribadi saja.

Penyakit 'tiga serangkai' iaitu sombong, kufur nikmat dan lupa syariat agama itu perlu dihindari setiap individu mukmin.

Rasulullah SAW bcrsabda bermaksud. 'Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan terhadap kamu sepeninggalan aku nanti ialah jika kekayaan dunia dibukakan untuk kamu. Dan kamu pun berlumba lumba mendapatkannya. Sesungguhnya, kekayaan dunia akan menghancurkan kamu sebagaimana menghancurkan umat umat pada masa lalu."(Hadis riwayat Bukhari)

Segala kerisauan baginda SAW lebih 14 abad lalu itu menjadi kenyataan dan berbudaya tegar dalam diri sesetengah umatnya. Paling mustahak, umat Is­lam perlu mengejar status "jutawan akhirat'. Tidak bermakna orang Islam tidak boleh menjadi kaya dan berstatus jutawan atau hartawan. Yang menjadi kerisauan apabila nikmat melimpah ruah mcnyebabkan seseorang itu lalai pada syariat agama.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud, "Demi Al­lah. Dunia ini dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke dalam laut yang mana air yang tersisa di ja­rinya ketika diangkat itulah nilai dunia ini." (Hadis ri­wayat Imam At Tirmidzi).

TANDA DAN RAWATAN KEMURUNGAN




Selalunya, tanda-tanda kemurungan hanya dapat disedari apabila masalah tersebut sudah pun lama berlaku dan menjejaskan kehidupan pesakit tersebut. Hampir kesemua pesakit "depression" ini pasti mengalami masalah 'mood' rendah hampir pada setiap masa. Pesakit turut hilang minat atau tidak berasa seronok apabila melakukan hobi atau apa-apa perkara yang mereka gemari sebelum dilanda kemurungan. Malah, mereka akan lebih suka untuk menyendiri di bilik tanpa melakukan apa-apa dan tidur sepanjang hari. Ahli keluarga juga akan mendapati si pesakit tersebut mula tidak mahu untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi, menukar pakaian atau mengemas diri.

Pesakit kemurungan turut selalu berasa cemas tanpa sebab (anxiety), berasa tidak selesa di khalayak ramai, mudah marah, rasa bersalah tidak bertempat, sentiasa gelisah dan berasakan tidak berupaya langsung untuk mengubah keadaan diri. Malah, mereka akan mula mengalami penurunan (atau penambahan) berat badan, selalu sakit-sakit, selera makan meningkat (atau menurun) dan rasa sentiasa penat. Jikalau pesakit tersebut tidak mendapat sebarang bantuan atau sokongan, dikhuatiri pesakit kemurungan ini akan mula mempunyai perasaan untuk mencederakan diri sendiri ataupun yang lebih serius lagi, mempunyai rancangan untuk membunuh diri.

RAWATAN MODEN UNTUK KEMURUNGAN

Menurut Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), rawatan atau bantuan yang sewajarnya membantu hampir 85 peratus pesakit kemurungan klinikal di Malaysia. Setelah disahkan mempunyai kemurungan klinikal, pesakit selalunya diberi rawatan moden seperti sesi-sesi kaunseling, terapi atau pengambilan ubat antikemurungan yang berterusan. Namun, selalunya pesakit kemurungan terpaksa bergantung kepada ubat antikemurungan sepanjang hayat. Malah, ramai pesakit yang memerlukan gabungan rawatan kaunseling, terapi dan ubat antikemurungan untuk mampu hidup normal seperti orang lain.

Hakikatnya, rawatan-rawatan moden ini tidak berkesan jikalau ahli keluarga dan sahabat terdekat tidak memberi sokongan atau bantuan kepada si pesakit. Ahli keluarga dan sahabat harus memantau akan keadaan pesakit ini dari semasa ke semasa. Perhatian ini akan menunjukkan kepada pesakit bahawa mereka masih disayangi dan diperlukan.

Di dalam al-Quran turut ada suruhan Allah SWT untuk menyayangi insan lain. Firman Allah SWT: "Dan sayangilah manusia sebagaimana Allah sayang kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat bencana."

RAWATAN KEMURUNGAN MENGGUNAKAN AL QURAN

Daripada pengalaman saya, ramai pesakit kemurungan mengalami perubahan positif yang ketara selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran.

Firman Allah SWT: "Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (Al-A'raf 7: 204) Pesakit yang mengamalkan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran secara konsisten setiap hari akan mendapati pemikiran dan perasaan mereka menjadi lebih positif dan tenang. Malah, dengan izin Allah SWT ramai pesakit yang telah beransur-ansur dikurangkan dos ubat antikemurungan selepas mengamalkan rawatan perubatan al-Quran ini. Ada juga yang sudah tidak perlu mengambil ubat tersebut untuk mengawal 'mood' dan pemikiran mereka.

Selain itu, ramai juga yang kemurungan disebabkan oleh gangguan-gangguan makhluk halus sama ada yang datang sebagai saka ataupun yang dihantar melalui sihir. Gangguan-gangguan ini sering kali mempengaruhi pemikiran dan perasaan pesakit sehinggakan pesakit akan berasa sangat tertekan, sedih dan merasakan diri mereka sangat tidak berguna dan hanya menyusahkan orang lain.

SURAH UNTUK DIAMALKAN

Maka, setiap pesakit kemurungan yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat akan mengeluarkan gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Muhammad ayat 21 hingga 32
Surah Thaha ayat 120 hingga 135
Surah az-Zumar ayat 59 hingga 75
Surah an-Nahl ayat 81 hingga 89

KAEDAH AMALAN

1. Kaedah amalan ayat-ayat al-Quran tersebut ialah,

pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu Surah Muhammad tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu Surah Thaha tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.
2. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu

memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.
3. Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa

penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah SWT. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah SWT. Seperti di dalam Surah Yusuf ayat 12, Allah SWT berfirman: "... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Kesimpulannya, apabila ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mengaku menghadapi kemurungan, kita tidak seharusnya memandang remeh akan isu tersebut. Dan jangan pula kita membuat pelbagai persepsi negatif atau prejudis terhadap mereka. Di kalangan rakyat Malaysia, penyakit mental sering dikaitkan dengan tanggapan negatif dan perkara yang sangat memalukan untuk diakui. Kita harus berfikiran terbuka dan positif supaya pesakit kemurungan klinikal ini mendapat sokongan dan bantuan yang sepatutnya untuk mengharungi dugaan hidup ini. Bersikap prejudis dan menjauhkan diri daripada mereka akan menyebabkan pesakit tersebut terus dilanda kemurungan dan mungkin hilang pertimbangan lalu membunuh diri.

kisah sebiji telur




Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berahir..
.

Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.. Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..
Allah tidak pernah menjanjikan langit itu selalu biru...bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar... 


Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi Hikmah di setiap cubaan... jawapan di setiap doa..




Jangan pernah menyerah.. Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..

Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..

Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..
Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..

Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..

Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..



Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:
Cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah:
Putus Asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah:
Ikhtiar.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah:
Doa. 

Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita hari ini dan hari seterusnya.......

HAMBA ALLAH 😎💙





.

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan tekno...