Tuesday, 10 October 2017

HAJAR ASWAD DARI SYURGA?



Dalam riwayat lain bahawa batu hitam tersebut pernah terkubur pasir selama beberapa lama dan secara ajaib dijumpai kembali oleh Nabi Ismail AS ketika ia berusaha mendapatkan batu tambahan untuk menutupi dinding Ka'bah yang masih sedikit kurang. Batu yang dijumpai inilah rupanya yang sedang dicari oleh Nabi Ibrahim AS, yang serta merta sangat gembira dan tak henti-hentinya men- cium batu tersebut. Bahkan, ketika sudah tiba dekat ka'bah. batu itu tak akan diletakan di tempatnya. Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS menggotong batu itu sambil mengelilingi Kaabah tujuh pusingan.

DIANGKAT DENGAN SERBAN RASULULLAH

Di antara peristiwa penting yang berkenaan dengan batu ini adalah yang terjadi pada tahun 16 sebelum Hijrah (606 M) iaitu ketika suku Quraisy melakukan penyelenggaraan Kaabah. Pada ketika itu hampir saja terjadi pertumpahan darah yang hebat kerana sudah lima hari lima malam mereka dalam situasi gawat, kerana ke empat kabilah dalam suku Quraisy itu terus bertelingkah tegang pada pendapat dan kehendak masing-masing siapa yang mengangkat dan meletakkan kembali batu ini ke tempat semula kerana pemugaran Kaabah sudah selesai.

Akhirnya muncul usul dari Abu Umayyah bin Mughirah Al-Mukhzumi yang mengatakan

"Alangkah baiknya kalau keputusan ini kita serahkan kepada orang yang pertama kali masuk masjid pada hari ini."

Pendapat Abu Umayyah ini disepakati. Dan ternyata orang pertama masuk pada hari itu adalah Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad) yang waktu itu masih berusia 35 tahun. Menjadi bualan umum pada masa itu bahawa akhlak dan budi pekerti Muhammad telah terkenal jujur dan bersih se- hingga digelar Al-Amin (orang yang dipercayai).

Muhammad muda yang organ tubuhnya iaitu hatinya pernah dibersihkan melalui pembedahan oleh Malaikat. memang sudah dikenali Muhammad tidak pernah bohong dan tidak pernah ingkar janji. Lalu apa jawapan dan tindakan Muhammad terhadap usul itu?

Muhammad menuju ke tempat pernyimpanan Hajar Aswad itu lalu membentangkan serbannya dan meletakkan batu mulia itu ditengah-tengah serban kemudian meminta satu orang wakil masing-masing kabilah yang sedang bertengkar untuk memegang sudut serban itu dan bersama-sama membawa ke sudut dimana batu itu hendak diletakkan. Supaya adil, Muhammad pulalah yang mema- sang batu itu ke tempatnya semula.

RAHSIA HAJAR AL-ASWAD

Kita semua tahu bahawa Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau faedah, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang diperbuat dari batu. Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut adalah sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW. Jadi apa yang kita lakukan bukanlah menyembah batu, dan tidak juga menyembah Kaabah.

Umar bin Khatab berkata "Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu"

Allah memerintahkan kita untuk Thawaf mengelilingi Ka'bah dan Dia pula yang telah memerintahkan untuk mencium Hajar Aswad. Rasulullah juga melakukan itu semua, dan tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (QS. An-Najm:53)

HINDARILAH BERCAKAP KETIKA AZAN



Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal, tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratulmaut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Is­lam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah...yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. 'Ya Allah! anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

3 WASIAT RASULULLAH MENGUBAT JIWA



Tiga wasiat Rasulullah agar melatih jiwa redha menerima qadak dan qadar. Jika kesemua wasiat itu diamalkan nescaya kita akan berasa betapa besarnya nikmat Allah dan sentiasa redha dengan-Nya. Inilah kunci bahagia dan rasa puas walau diuji dengan seribu satu macam masalah serta musibah. Tiga wasiat ini adalah terapi nabawi bagi penyakit jiwa dan latihan untuk redha.

PERTAMA: Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Pada masing-masing mereka terdapat kebaikan. Bersemangatlah meraih apa yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan kepada Allah. Jangan berasa lemah. Jika kamu tertimpa sesuatu, jangan katakan, "Seandainya saya lakukan begini, pasti begini dan begini." Tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya. Apa yang Allah kehendaki pasti Dia lakukan." Kerana kata, 'seandainya' membuka peluang amal bagi syaitan." (HR Muslim).

Hadis itu menjelaskan, barang siapa hendak mendapatkan kecintaan dan keredhaan Allah, maka harus memperkuatkan keimanannya dan bersungguh- sungguh melatih jiwa menjadi kuat. Memperkayakan dirinya dengan ilmu dan memperkuatkan fizikalnya dengan kekuatan lain yang bermanfaat untuk membentuk peribadi Muslim yang dicintai Allah.

Seorang Muslim harus berusaha mendapatkan sesuatu yang bermanfaat baginya, meminta pertolongan Allah, tidak merasa lemah. Menyerahkan segala urusannya kepada Allah dalam apa yang Allah takdirkan untuknya. Tidak boleh marah dan mengeluh terhadap musibah yang menimpa. Tidak boleh memberikan peluang syaitan menggoda dengan mengatakan, "Seandainya saya mengatakan begini dan begitu."

KEDUA: Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah mengajari kami solat istikharah untuk memutuskan segala sesuatu sebagaimana mengajari al-Quran. Baginda bersabda, "apabila seseorang di antara kalian mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaklah melakukan solat sunat (Istikharah) dua rakaat kemudian bacalah doa ini, "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau Berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau Mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku  atau mengucapkan: Baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang maka jauhkanlah urusan itu daripadaku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut." (HR Bukhari).

Doa itu mengajar dan melatih jiwa menjadi kuat agar redha dengan qadak dan qadar serta pasrah dengan takdir yang Allah tentukan. Takdir yang Allah tentukan untuk kita adalah yang terbaik dan amat bermanfaat.

KETIGA: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Lihatlah orang yang di bawah kalian. Jangan lihat orang yang di atas kalian. Sesungguhnya itu lebih pantas agar kalian tidak memandang rendah atas nikmat Allah yang diberikan kepada kalian." (HR Muslim).

"Jika salah seorang dari kalian melihat orang yang dilebihkan nikmatnya atas dirinya dalam harta dan postur tubuh, hendaklah dia melihat orang yang di bawahnya." (HR Bukhari).

Hadis itu mengandungi ubat bagi penyakit hasad dan keluh kesah tentang takdir Allah. Jiwa orang yang suka melihat kenikmatan orang lain tidak akan pernah merasa rela. Setiap kali mendapatkan kekayaan dan kedudukan dia menjadi leka dan terus menginginkan kekayaannya bertambah serta rindunya kepada harta yang banyak semakin mendalam. Jika kita ikut wasiat Rasulullah itu maka akan terasa betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan, rela, puas dan bahagia meski diuji. Kehidupan menjadi stabil. (Sumber dipetik dari Iman Kepada Qadar - Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-shallabi).

KHASIAT UBI KENTANG YANG MENGKAGUMKAN



Kentang mempunyai khasiat yang membuatkan mata letih kembali bersinar serta dapat menghilangkan bengkak pada mata. Parutlah sebiji kentang lalu masukkan ke dalam kain tipis yang bersih (kain kasa atau kain kapas) dan tekapkan perlahan-lahan pada bahagian kelopak mata.
Ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten. Gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus amat sesuai memakan kentang kerana kentang dinyah hidrat. lanya sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten. Mungkin sebab itulah kentang sesuai untuk semua peringkat umur malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Kandungan potasium yang tinggi dalam kentang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat sarat serta melawan dinyah hidrat.
Ubi kentang mempunyai indeks kekenyangan yang tinggi. Jadi memakan kentang boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Kentang adalah ubi yang sesuai untuk sebarang amalan diet. Oleh itu siapa yang ingin berdiet, boleh mencuba kentang. Pastikan cara olahannya betul.

KANDUNGAN NUTRISI DALAM KENTANG
Berat kentang lebih kurang 100 gm

Tenaga : 83 kcl
Protein : 2 gm
Lemak 0.1 gm
Karbohidrat : 19.1 gm
Kalsium : 11 mg
Fosfor : 56 mg
Zat Besi : 1 mg
Bahagian kentang yang boleh dimakan : (Bdd/Food Edible) = 85%

Kandungan vitamin dalam kentang

Vitamin A : 0 1U
Vitamin B1 : 0.11 mg
Vitamin C : 17 mg

Sunday, 1 October 2017

NAJIS DADAH HANCURKAN KEBAHAGIAAN





Kecewa dengan diriku, Amira tekad memohon cerai. Aku enggan melepaskan Amira namun dia sudah tidak sanggup hidup denganku. Kata Amira aku bagaikan mayat hidup. Dia tidak mahu membina masa depan dengan lelaki sepertiku.

Malah Amira tidak mahu mempunyai anak dengan aku. Sungguh, aku merasa sangat sedih mendengar butir bicara yang terbit daripada mulut wanita yang amat aku sayangi.

Walaupun perit, aku terpaksa melepaskan Amira. Semangatku semakin goyah menyebabkan aku kembali ke jalanan menagih dadah. Kali ini lebih teruk penangannya. Dek dadah, aku menjadi gelandangan. Di mana sahaja aku boleh tidur untuk merebahkan badan. Aku lupa aku masih punya keluarga. Dalam diam, aku diperhatikan seorang wanita tua yang wajahnya seperti ku kenali. Seperti aku amat mengenalinya tetapi aku kurang pasti sama ada tekaanku benar.

Saat wanita ini menyentuh tanganku, air matanya mengalir laju. Benar ya Allah, wanita ini ibuku yang telah sekian lama terpisah. Selepas bercerai, ibu membawa diri ke selatan. Dia menangis tersedu-sedu melihat keadaan diriku. Aku malu bertemu dengan ibu dalam keadaan begini.

Ibu tidak merasa jijik denganku. Dia memelukku dan kemudian mengajakku pulang ke kampungnya. Aku mengikut ibu tanpa banyak bicara.

Di kampung, aku dirawat secara tradisional oleh pengamal perubatan. Dia menggunakan herba dan latihan fizikal untuk memulihkan kesihatanku dan mengatasi masalah ketagihan yang aku alami. Ternyata sukarnya untuk aku pulih. Aku berlawan dengan perasaanku sendiri.

Tekad Berubah...

Syukur kepada Allah, selepas tiga bulan aku kembali menjalani hidup seperti insan normal yang lain. Ibu, insan yang paling gembira, malah dia bersyukur melihatkan perubahan diriku. Kali ini aku bertekad menjadi anak yang membahagiakan ibu. Atas saranan ibu, aku juga menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi awam.

Berkat usaha dan doa ibu, aku menjadi insan yang berjaya. Belum sempat aku membalas jasa ibu, wanita ini kembali ke rahmatullah. Aku berasa sangat sedih namun aku berjanji dengan diri tidak sesekali menyentuh najis itu lagi.

Hari ini genap setahun ibu meninggal dunia, aku juga sudah empat tahun bergelar duda. Entah mengapa hati ini begitu merindui Amira. Aku mencarinya, teringin sekali aku menatap wajahnya. Tidak sukar aku menjejakinya kerana dia masih menetap di kawasan tempat tinggal lama kami. Namun aku tidak berani bertentang mata dengannya. Aku hanya mampu melihat bekas isteriku dari jauh.

Pada wajahnya terpancar kebahagiaan. Penuh seri. Dia kini bahagia bersama suami baru, malah lebih mencuit hatiku apabila mengetahui Amira juga sudah menjadi ibu. Aku tumpang gembira melihat bekas isteriku bahagia.

Bukan salah Amira tetapi aku yang bersalah kerana gagal menjadi suami soleh. Aku masih sendirian meneruskan sisa hidup ini. Hatiku tertutup rapat, bukan serik tetapi aku belum temui wanita yang dapat membuka pintu hatiku.

KEBURUKAN CARA PEMAKANAN MODEN


Sejak abad ke-20, manusia mula mengambil banyak bahan-bahan bijirin yang diproses seperti tepung gandum putih, nasi putih dan makanan yang diproses dari sumber itu seperti roti putih, kek dan sebagainya.

Bahan yang telah diproses ini mengandungi kandungan glukosa yang tinggi dan seterusnya boleh meningkatkan kandungan glukosa tinggi dan memerlukan hormon insulin yang banyak untuk menyeimbangkan kandungan glukosa di dalam darah. Akibatnya pengeluaran insulin menjadi kelam-kabut dan tidak teratur, seterusnya menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Penghasilan insulin daripada pankreas...

Hormon insulin manusia dihasilkan oleh pankreas iaitu salah satu organ terpenting di dalam tubuh badan manusia. Karbohidrat yang diambil oleh kita boleh menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras untuk mengeluarkan insulin bagi menyeimbangkan kandungan gula di dalam darah manusia.

Jika keadaan ini berterusan untuk satu tempoh yang agak lama, pankreas akan mengalami kehausan dan seterusnya penyakit kencing manis akan terjadi akibat tingginya peratusan gula di dalam darah. Diet manusia moden sekarang adalah amat berbeza dengan manusia pada zaman dahulu kerana kandungan karbohidrat yang diproses amat tinggi. Semakin banyak jumlah karbohidrat yang telah diproses di dalam tubuh badan semakin banyak jumlah insulin yang diperlukan oleh tubuh badan.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cara mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi serta mengamalkan pemakanan yang seimbang kerana karbohidrat dicernakan menjadi gula dengan pantas di dalam darah dan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras untuk mengeluarkan insulin dalam kuantiti yang banyak.

Lemak di dalam makanan...

Makanan moden pada masa ini banyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh memberikan kesan negatif kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Ramai kalangan kita yang menggemari makanan yang mengandungi lemak yang tinggi tanpa mengendahkan keburukannya kepada tubuh badan, Pengambilan lemak tepu di dalam makanan ini seharusnya dikawal kerana ia boleh menyebabkan penyumbatan salur darah. Bagi memastikan kelancaran salur darah, makanan yang mengandungi lemak yang tepu seharusnya dikawal.

Walau bagaimanapun tidak semua jenis lemak memberikan kesan negatif kepada tubuh badan kita. Pengambilan minyak dari jenis cecair seperti minyak kelapa dara, minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak zaitun dan sebagainya adalah baik untuk kesihatan jantung.

Diet seimbang...

Diet yang seimbang amat perlu agar seseorang itu mampu hidup dengan sihat dan menghadapi kehidupan dengan gembira. Pengambilan makanan yang seimbang boleh dilakukan dengan mengambil kombinasi makanan yang mengandungi lemak, karbohidrat dan protein secara sama rata. Pengambilan diet makanan yang mengandungi lemak dari jenis cecair dan karbohidrat yang mudah dihadam adalah pilihan yang amat baik untuk diet yang seimbang.

Selain daripada itu kita juga perlu mengamalkan gaya hidup keseluruhan yang sihat untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum iaitu dengan meminum air yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari, bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan cara senaman aerobik, joging, berjalan kaki, berenang dan sebagainya. Senaman akan meningkatkan kadar metabolisme dan membantu tulang, sendi dan otot sentiasa dalam keadaan yang sihat. Kita juga perlu menghindarkan amalan-amalan yang tidak sihat seperti merokok, meminum minuman beralkohol dan terlalu banyak terdedah kepada pancaran ultralembayung matahari.

KEBAIKAN BEKAM PADA TUBUH..



Bekam atau dikenali juga sebagai Al hijamah, atau cupping merupakan satu proses rawatan tradisional mengeluarkan darah kotor dari dalam badan melalui kulit tanpa menjalani proses pembedahan.

Selain masyarakat Islam, masyarakat Cina juga mengamalkan rawatan berbekam sejak dari 1,500 tahun dahulu. Mereka menggunakan tanduk sebagai alat berbekam menggantikan kaca.

Walau apa pun kaedah yang digunakan, tujuan asalnya tetap sama iaitu membuang darah kotor (toksik) dari badan. Rawatan ini dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit serta memulihkan fungsi-fungsi tubuh badan dengan berkesan.

Masyarakat Barat pula menggunakan kaedah bekam atau dipanggil cupping dengan menggunakan lintah. Kaedah ini lebih dikenali sebagai hirudotherapy. Proses bekam menggunakan lintah dilihat mempunyai kelebihan tersendiri.

Selain mengeluarkan darah kotor untuk merawat sesuatu penyakit, lintah juga akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggil anti coagulant yang berupaya melancarkan perjalanan darah. Enzim anti coagulant yang terdapat di dalam kelenjar air liur lintah merupakan agen anti pembekuan darah.


Kaedah bekam atau dipanggil cupping 
dengan menggunakan lintah. Kaedah ini 
lebih dikenali sebagai hirudotherapy.

Selain itu, terdapat juga bahan-bahan biologi aktif yang lain seperti Collagenase, Proteases, Hyaluronidase dan sebagainya yang dapat membantu tisu-tisu dan organ-organ dalam badan berfungsi dengan baik.

KHASIAT BERBEKAM...

Perawatan dengan kaedah bekam ini memberi banyak kebaikan seperti membantu menyihatkan tubuh badan, menghilangkan keletihan, mengimbangi daya ketahanan badan, membuang angin serta darah kotor, melegakan ketegangan urat dan membantu menguatkan otot-otot dalam badan.

Berikut merupakan beberapa lagi contoh kebaikan berbekam:
Melegakan pening kepala dan menyembuhkan migrain
Membantu melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
Dengan mengeluarkan darah toksik dapat melancarkan peredaran darah
Membantu meringankan tubuh
Merawat mata dan menajamkan penglihatan

JENIS 8 WAKTU BEKAM...

Bekam kering atau bekam angin iaitu menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya kaedah ini dilakukan kepada orang yang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat khas bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik, akan memakan masa antara tiga hingga lima minit bergantung kepada tahap kesihatan seseorang itu.

Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihatkan tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa waktu berbekam paling baik dilakukan ialah ketika pertengahan bulan kerana ketika itu, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun berbekam dapat dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

Mereka yang berbekam dinasihati tidak mengambil makanan berat dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum berbekam atau lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

LARANGAN BEKAM...

Terdapat beberapa pantang larang bagi sesetengah orang untuk melakukan rawatan bekam kerana dikhuatiri memudaratkan kesihatan. Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, mengalami masalah kulit serius, penghidap leukemia, penghidap diabetes serius dan mereka yang dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang dilarang melakukan rawatan ini.

Antara anggota badan yang tidak boleh dibekam termasuklah mata, telinga, hidung, puting susu, alat kelamin, dubur, bahagian-bahagian badan yang dekat dengan pembuluh darah dan bahagian- bahagian badan yang terdapat tumor, retak tulang serta jaringan luka. 

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan tekno...