
kita tahu bahawa buah kelapa bukan sahaja untuk santannya tetapi airnya boleh dijadikan penawar bisa. Umpamanya kalau anda tersalah makan ubat atau termakan benda berbisa, cepat-cepatlah minum air kelapa mudah-mudahan benda berbisa itu akan tawar dan tidak merbahaya lagi.
Selain itu air kelapa juga dikatakan dapat mengurangkan panas badan, malah ada sesetengah pengamal perubatan tradisional perlu menggunakan air kelapa untuk menawar santau dengan cara memberi minum mangsa dengan air kelapa yang dibacakan doa.
Satu lagi kelebihan air kepala yang jarang-jarang diketahui orang ialah boleh membantu merawat lemah tenaga batin atau mati pucuk dengan cara meminumnya tanpa mencampurkan bahan-bahan lain seperti gula atau air batu.
Air kelapa muda yang baru diturunkan dari pokoknya hendaklah diminum terus dan sangat baik untuk kekuatan kelelakian orang lelaki. Namun cara ini perlulah diamalkan, kalau hanya minum sekali sekala tidak akan memberikan apa-apa kesan.
Kenapa air kelapa dapat membantu meningkatkan kekuatan seksual lelaki dan juga membantu meningkatkan keupayaan mereka yang lemah? Ini adalah kerana air kelapa mempunyai banyak mineral yang membantu melancarkan peredaran darah manusia.
Bahan-bahan mineral yang banyak terdapat di dalam air kelapa ialah sodium dan bahan ini yang banyak terdapat dalam air kelapa berfungsi melindungi tubuh badan dari kekurangan air dan otot mengecut.
Untuk mendapatkan ketegangan yang kuat, kesihatan otot adalah paling utama diperlukan, itulah sebabnya sodium sangat diperlukan tubuh badan. Kebaikannya kepada tubuh manusia bergantung kepada ketingggian kandungan sodium di dalam air kelapa.
Selain sodium, air kelapa juga mempunyai kandungan potasium yang tinggi. Apa gunanya bahan ini? Ia menjaga dan membantu kestabilan tekanan darah, mengggerakkan otot dan membantu sistem kerja saraf badan manusia.
Kekurangan potasium dalam badan dapat dilihat dari ketegangan ketika naik syahwat seseorang, jangan gusar kalau anda merasakan lemah jika minum air kelapa tulin tanpa campuran bahan lain.
Satu lagi bahan mineral yang terdapat dalam air kelapa dan berguna kepada manusia ialah magnesium, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh badan dan kekurangan bahan ini akan menyebabkan mudahnya masalah lain menyerang dan di antaranya ialah lemah badan.
Magnesium juga dapat meningkatkan kadar hormon testosteron dalam darah. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon seks, dengan hormon yang cukup maka ghairah seksual akan terhasil dengan baik serta kualiti ketegangan meningkat.
Inilah kelebihan air kelapa yang tidak ada pada air lain, air kelapa juga mengandungi unsur nitrogen berupa protin yang dihasilkan dari asid amino. Bahan ini jauh lebih tinggi di dalam air kelapa dari mana-mana air lain.
Terdapat juga karbon dalam air kelapa yang yang terbentuk dalam bentuk karbon hidrat. Bahan-bahan ini menjadi sumber tenaga kepada tubuh badan. Kekurangan bahan ini menjadikan badan tidak bertenaga dan daya seksual rendah.
Air kelapa juga mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Paling unik air kelapa adalah komposisi zat terkandung di dalamnya hampir sama dengan isotonik yang hampir sama dengan cairan badan. la dapat menggantikan cairan tubuh yang hilang akibat peluh.
Jangan takut minum air kelapa malah menjadikan amalan meminum air kelapa adalah sangat baik untuk kesihatan kelelakian.

No comments:
Post a Comment